• Feed RSS
Gerakan Belia 4B (M) Negeri Perlis merupakan persatuan belia dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong kerajaan dan melaksanakan pelbagai aktiviti kepada golongan belia.


Gerakan Belia 4B berasaskan sistem cawangan, kawasan, negeri dan juga kebangsaan. Bagi gerakan Belia 4B (M) Negeri Perlis telah pun mempunyai sebanyak 50 cawangan di seluruh Negeri Perlis dan mempunyai keahlian seramai 3,000 orang ahli.

Kami amat berharap akan mendapat sokongan padu terutamanya daripada pihak kerajaan negeri diatas sebarang aktiviti dan program yang akan dilaksanakan disepanjang tahun ini sehinggalah tahun 2012.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah berkaitan dengan ekonomi belia, sukan, kepimpinan, program anti dadah, program jati diri belia, sukan tradisional, sukan ekstrem dan program sosial.

Disepanjang tahun 2009 kami telah melaksanakan 16 aktiviti utama dan bagi tahun 2010 sehingga Januari ini kami telah melaksanakan 10 aktiviti tambahan hasil dari simpanan peruntukan tahun yang lalu dan pada tahun ini kami amat memerlukan sokongan dari segi moral dan peruntukan kewangan dari pelbagai pihak.